Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091203100710/Article/index_html
LANGKAWI: “Malaysia melihat helikopter Eurocopter EC725 sebagai pilihan terbaik bagi menggantikan helikopter Nuri untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tetapi pembeliannya tertangguh disebabkan kemampuan kewangan,” kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) sudah meluluskan proses berhubung cadangan pembelian itu.
“Tidak dapat dinafikan lagi Kementerian Pertahanan dan TUDM mahukan helikopter ini dan kerajaan pun bersetuju. Daripada segi integriti, proses ini tidak boleh dipersoalkan, jadi yang menjadi soal sekarang ialah kemampuan,” katanya pada sidang media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini, selepas melawat pameran dan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian kontrak antara kerajaan dan syarikat dalam industri pertahanan sempena Pameran Maritim dan Udara Antarbangsa Langkawi 2009 (Lima `09), semalam.
September lalu, Kementerian Pertahanan mengumumkan hasrat membeli 12 Eurocopter EC725 berharga RM1.2 bilion tetapi sehingga kini ia belum dilakukan.
Pada Disember tahun lalu, PAC menjalankan siasatan dan mendapati proses untuk membeli pesawat itu mengikut peraturan dan mengesyorkan penubuhan sebuah panel bebas untuk menasihatkan kerajaan berhubung urusan pembelian itu.
Najib berkata, kerajaan akan mengkaji kaedah berhubung kemampuan dan keupayaan kerajaan membeli pesawat itu. — Bernama
Ulasan : Confirm pembelian helikopter ni jadi modal Pembangkang untuk jatuhkan PM dan Kerajaan.. Tak caya? tengok la nanti bila helicopter ni sampai atau dalam proses pembelian.
~ahmadrazmie~
0 Responses to “TERBAIK GANTI NURI”