Archive for December 8th, 2009

PAS Eksploitasi Kanak-kanak

Inilah sikap sebenar PAS. Sanggup menggunakan apa sahaja untuk kepentingan mereka. Sanggup menggunakan anak kecil (dalam bulatan) untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong mereka. Biarlah anak itu main tanpa dikacau.. Sebenarnya ini sudah banyak kali berlaku. Dalam demonstrasi. Ramai kanak-kanak turut serta yang bertujuan sebagai benteng untuk mereka.Mana SUHAKAM?tak kan tengok je..

Cuba perhatikan sebelah kiri gambar. Itu bendera INDONESIA ke ape? PAS ada kaitan dengan INDONESIA ke dalam menjatuhkan UMNO? PAS nak membentuk INDONESIA RAYA dengan Indonesia ke? Mengucaplah PAS..

~ahmadrazmie~

FAM main sandiwara


Ampun Tuanku.. Post Patik Harap Di Ampun.

FAM. Di sinilah pusat kejatuhan prestasi pemain bola sepak negara. Bukan pemain tidak bagus.. Bukan inisiatif yang diberikan tidak cukup.. Bukan kemudahan tidak 5 bintang. Tetapi yang menjadi masalah adalah Pengurusan tertinggi FAM yang dilihat sambil lewa dan tidak mengambil berat perkembangan bola sepak negara.

Terlalu banyak politik di dalam sukan bola sepak. Terlalu banyak alasan yang diberikan. Contohnya dalam kes pasukan bola sepak Pahang ini. Lihat saja lah. kalau tidak boleh terima kekalahan, sembahkanlah yang terbaik. kalau hakikat telah diturunkan ke Liga Perdana, semua pihak harus terima. tiada salahnya kalau bermula dari bawah.

Cadangan AR: jangan libatkan mereka yang berkepentingan didalam sukan. bukan apa. nanti sukan akan tergadai. Contohnya kalau menteri besar menjadi pengurus atau presiden sesebuah pasukan. Apa akan jadi kalau parti mereka kalah. Lihat sahaja pasukan Perak. Kelam kabut jadinya. yang jadi mangsa adalah pemain.

Daripada Harian Metro

ANGKARA sandiwara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), janji untuk skuad Harimau Muda A beraksi dalam saingan Liga Super musim 2010 hanya palsu semata-mata. Jika minggu lalu Mesyuarat Jawatan Kuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) badan induk itu memutuskan memberi lampu hijau kepada juara Liga Perdana musim lalu untuk dinaikkan taraf, semalam Mesyuarat Majlis FAM ke-5 yang dipengerusikan Presidennya, Sultan Ahmad Shah berpendirian sebaliknya.
Continue reading ‘FAM main sandiwara’

Nik Aziz Membelakangkan Nabi Muhammad?

Artikel daripada Laman Web Pemuda UMNO dan Blog Kepal nasi Kepas Beras

Penulis: Kamarulzaman Kamdias

(Bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (2004 – 2008). Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Hertfordshire University, United Kingdom, juga lepasan pelajar UiTM))

Apa beza sunnah Nabi Muhammad saw dengan sunnah nabi-nabi terdahulu? Kalau pada zaman nabi-nabi terdahulu beban menyebar agama hanya terletak di bahu para-para nabi.
Umat mereka hanya bertindak mengikut dan taat kepada ajaran nabi-nabi. Pendek kata umat nabi terdahulu hanyalah bertaraf ‘abid’ atau ahli ibadat, manakala nabi-nabi mereka berfungsi sebagai penyebar agama.
Tetapi, umat Nabi Muhammad saw tidak begitu. Tugas umat Muhammad sama seperti tugas Muhammad, iaitu beribadat dan pada masa yang sama bertindak sebagai penyebar agama sepertimana juga nabinya.

Penyeludupan dadah, Siti Zailah tidak puas hati jawapan Timbalan Menteri

Petikan daripada Harakah Daily

“Siti Zailah yang ditemui selepas itu bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Abu Seman kepada soalannya yang dianggap sambil lewa dan tidak menjawab soalan sebenar.

“Saya tak puas hati dengan jawapan timbalan menteri tadi. Saya tanya berapa kes yang ditangkap, tapi beliau tidak jawab,” katanya.

Beliau yang juga timbalan ketua Muslimat PAS berkata, menurut maklumat yang diterimanya, ramai pengedar dadah di sempadan ditangkap oleh PDRM dan boleh didakwa di bawah seksyen 398 namun dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti.

Sedangkan sumber memberitahu, ketika serbuan dibuat ke rumah pengedar, terdapat banyak dadah dan wang ditemui.
Continue reading ‘Penyeludupan dadah, Siti Zailah tidak puas hati jawapan Timbalan Menteri’

Perosak Fikiran Rakyat

Hm.. Ntah..


Categories

Calendar

December 2009
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Simpanan

UMNO – Bersatu Bersetia Berkhidmat

Komunis Era Baru

Pasti Akan Sesat (PAS)